Saturday, March 14, 2009

AL-FATIHAH

Dengan menyebut nama MU ya ALLAH
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi MU ya ALLAH
Pemelihara seluruh alam raya

ENGKAUlah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada MU kami menyembah
Dan pada MU kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang KAU beri nikmat
Bukan jalan mereka yang KAU murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat

kepadaMu Kekasih...

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu
Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun
Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan
Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu…
Oh Tuhan
Kasih sayang-Mu Tuhan Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

Friday, March 13, 2009

maafkanku...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

laa ilaahaillallah...

Assalamu 'alaikum....
Kubur itu gelap,cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi,pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda(mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaahaillalLah', kamu pasti berjaya!"

Thursday, March 12, 2009

siapa Azazil????


Azazil adalah Tok Guru kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.

Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan : Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat.

Maka menangislah Israfil kerana khuatir, makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang untung nasib mereka.

Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi tok guru kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :

Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)

Malangnya, kerana ego dan sombong, serta merasakan dirinya sudah selamat, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :

Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat.

Berkatalah Azazil kepada Allah dalam keadaan tak sedar, hamba yang dimaksudkan itu adalah dirinya. Kata Azazil : Ya Rabbi ! Izinkanlah aku melaknat hamba mu itu.

Dan Azazil melaknat dirinya tanpa disedarinya selama 1000 tahun.

Dan tatkala Allah menciptakan Adam dari segumpal tanah, lalu Allah memerintahkan seluruh makhluk untuk tunduk menghormati Adam, maka tunduklah segala makhluk menuruti perintah Allah KECUALI Azazil. Azazil rasa maruahnya tercabar kerana dirinya yang dicipta dari api sangkaannya lebih mulia dari Adam yang dicipta dari tanah. Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis.

Apabila Iblis diturunkan ke bumi, berkata Iblis kepada Allah :

Iblis : Demi kemuliaaItalicn Engkau dan kebesaran Engkau Ya Allah, akan aku sesatkan seluruh anak Adam selagi ada roh di jasad mereka.

Dan Allah berfirman : Demi kemuliaan Ku dan Kebesaran Ku, tidak aku halang mereka yang engkau sesatkan dari melakukan taubat selagi tiada nafasnya di ghargharah (suara orang ketika nazak) iaitu tiada nyawanya di halkum.

sabda Rasulullah SAW

Hadis Abdullah bin Zaid r.a:
Diriwayatkan daripada Abbad bin Tamim r.a katanya: Bahawa seorang telah datang menemui Abdullah bin Zaid r.a dan berkata: Itulah dia Ibnu Hanzalah yang telah berjanji setia dengan manusia. Abdullah bin Zaid bertanya: Untuk apa? Orang itu menjawab: Untuk mati. Abdullah bin Zaib berkata: Aku tidak akan berjanji setia untuk mati dengan sesiapa pun selepas daripada Rasulullah s.a.w

my date...

manusia sering bercakap tentang jodoh...
siapa jodohku..dimana jodohku..
zaman sekarang budak-budak sekolah rendah pun da pandai ber'couple'..
perkataan 'i luv u' sering diungkapkan...
tapi kita selalu melupakan temujanji kte dengan sang kekasih..
sang kekasih yang sejak azali menanti kepulangan kita ke pangkuannya..
walau kita sering melupakannya, namun sedetik pun Dia tak pernah melupakan kita...
sehingga saat ini kita masih bernafas...
masih berupaya tertawa,senyum dan bergerak bebas...
duniawi membuatkan kita alpa...
alpa utk menghias diri dengan amalan pada-Nya..
bersiap utk temujanji dengan-Nya...
kita sibuk utk berhias utk temujanji dunia...
sibuk mengejar wanita yang menjadi hiasan dunia...
dimana janji kita pada-Nya dulu?